Alif dan Bolasepak
Football Tournament di Puncak Alam yang berlangsung tadi, pada saya tarafnya international, sebab ada pasukan bola dari BATAM. HEBAT!
Besarnya boleh tahan. Ada penyertaan pasukan dari Pulau Pinang dan Kedah (masing-masing satu bas). Ramainya macam pesta seperti di luar stadium bola, siap ada deretan khemah jualan t-shirt dan macam-macam.
TETAPI penganjurnya pula yang lepas tangan. Jam 9 lebih baru muncul dalam keadaan terhencot-hencot kaki dengan pelbagai alasan. Hadirnya seorang diri tanpa urusetia yang lain. 'Tempat gerakkannya' hanyalah meja empat segi kecil di bawah pokok. Kunjungnya sekejap dan kemudian hilang lagi.
Maka semua yang hadir 'main-main' untuk suka-suka sahaja. Sudahlah begitu, ada pula PENGADIL merajuk dan keluar pandang.
Inilah pengalaman pertama saya dan keluarga. Ingatkan hanya konsert dan persembahan artis saja biasa dengan penganjur lari. Rupanya, tournament bola sepak anak-anak pun ya juga.
No comments:
Post a Comment