Nuffnang

Sunday 29 October 2017

Celaru Terma-Titian Cinta






Assalamualaikum,


Baru-baru ini isu satu babak dari drama rantaian Titian Cinta menjadi viral yang panas juga. Seorang doktor tiba-tiba naik berang bila babak berkenan seperti tangkap muat menggunakan terma-terma perubatan sehingga menjadikan 'kewibaan' watak doktor seperti 'tangkap muat' saja. Khususnya imej penulis skrip drama ini juga turut terjejas. Rententan dari hal 'berang' doktor itu pihak produksi tampil memberi penjelasan. Pada saya penjelasan itu  jelas. Saya faham apa yang diperjelaskan oleh pihak produksi, khususnya tentang berkaitan penulis skrip dan pengarah. 

Tetapi apa yang saya tidak mengerti bagaimana isu ini boleh terlepas pandang oleh pihak yang dipertanggunjawabkan. Saya merujuk kepada editor drama episod ini. Seorang editor tugasnya sangat penting. Dia bertindak sebagai 'pengarah kedua' pada setiap karya yang disunting. Melalui hasil kerja seorang editorlah sebuah cerita akan dihasilkan. Setiap frame shot dicantum mengikut konsep editing yang dikehendaki agar mengangkat look sesebuah karya, sepertimana yang dikehendaki oleh pengarah. Justeru berpuluh-puluh frame shot yang 'disambung' ini akan membentuk sebuah cerita yang 'sempurna.'  Hasil dari proses inilah ditayangkan baik di kaca tv dan juga  di pawagam. Tanpa editor yang bagus, sebuah karya itu akan kelihatan 'hudoh'  dan cacat, walaupun hasil kerja visual pengarah cantik dan skripnya hebat. 

Proses penyuntingan  harus mengikut konsep cerita dan elemen dramatik babak, baik dari aspek dialog atau  aksi pelakon dikala itu. Seorang editor harus faham isi dan isu cerita besar dan kemudian perlu tahu isi dan isu cerita setiap babak.  Tiada alasan babak itu dipotong mungkin berdasarkan kerana untuk memendekkan masa atau babak itu mungkin bosan. Mungkin itu lah yang berlaku kepada babak yang satu itu dalam drama Titian Cinta. 

Mungkin ramai berkata:


 'Masalah kecil saja tu kenapa nak bising-bising. Orang tak perasan pun kalau doktor tu tak ungkit.' 

Mungkin pada mereka-mereka ini, hal 'kecil ini' tidak penting kerana pada mereka yang penting adalah jalan cerita.  Sungguhpun begitu, babak yang mempunyai kesalahan 'kecil' inilah sebenarnya mempunyai impak yang besar pada watak -watak utama dan antara penggerak utama plot cerita. Penerangan watak doktor kepada Haris itu adalah antara babak penting di dalam cerita Titian Cinta. Ia menyumbang kepada logik kenapa Aisy, bersikap dingin dan benci kepada Haris sebelum ini. Kenapa Aisy mungkin tidak boleh mengandung lagi. Isu tidak boleh mengandung inilah menjadikan elemen dramatik kuat selepas tu.

Pada saya, seorang penyunting/editor yang bagus terletak pada hasilnya. Sekirannya seseorang editor itu  tidak faham terma-terma asing yang digunakan di dalam dialog, lebih elok  bertanya pada penulis skrip atau pengarah atau penolong pengarah. Janganlah kerana mungkin ingin mengejar masa TX (tarikh siaran) atau mungkin dengan menggunakan rasa hati sendiri kononnya babak ini terlalu panjang dan bosan, maka dipotong mana yang difikir perlu. Ataupun mungkin si editor itu mempunyai dua atau tiga projek yang mempunyai TX nya berdekatan maka cantas saja yang difikir perlu.

Yang pasti editor itu bukan THE CUTTER...kerana antara EDITOR dan THE CUTTER sangat berbeza. The cutter adalah pemotong yang tiada rasa. The editor adalah seorang pemikir dan mempunyai rasa.


Walaikusalam...



43 comments:

  1. Salam, pada pendapat saya dalam hal ni keseluruhan krew bertanggungjawab dan perlu mengambil tugasan mereka sebagai satu tugasan yang penting. Sebagai seorang yang pernah terlibat dalam sesi pengambaran sudah tentu setiap apa yang direkod ditulis dengan nombor series rekod yang terdapat dalam kamera. Mungkin kecelaruan nota itu juga menyumbang kepada masalah yang terjadi dalam babak titian cinta. Saya juga berpendapat menghentam tugasan orang lain tanpa usul periksa sebagai satu perilaku yang tidak beradap. Sebagai contoh, doktor sebenar menghentam lakonan yang di lakonkan oleh perlakon, pada awalnya sudah tentu setiap tugasan yang dilakukan tidak akan sempurna kerana menurut kata salah seorang guru yang pernah saya berguru dengannya, setiap manusia itu tidak sempurna tetapi kita semua berhak untuk menuju ke arah kesempurnaan. Dalam hal ini, kesalahan itu mungkin dapat diperbaiki dengan editing yang lebih baik.

    ReplyDelete
  2. True, not only editor have to edit film but also as a second director .

    ReplyDelete
  3. By my knowledge, not all the episodes edited by the same person.

    ReplyDelete
  4. Mohamad ayub bin razali30 October 2017 at 23:08

    To me, an editor must have a "soul" in the work.

    ReplyDelete
  5. script writers need to simplify the script to make it easier Editor's work.

    ReplyDelete
  6. It should be the writer's work to be alert in this kind of situation

    ReplyDelete
  7. To me, the director must review the episode before it's been shown on television.

    ReplyDelete
  8. i agree, an editor should know what to do, and must understand the whole storyline

    ReplyDelete
  9. Penulis skrip harus membuat kajian terlebih dahulu tentang babak yang hendak dijalankan itu.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. In my opinion, editors need to have accuracy in his work

    ReplyDelete
  12. An editor also must know the flow of the storyline

    ReplyDelete
  13. I agree, an editor should understand the storyline

    ReplyDelete
  14. Nur wani husnina31 October 2017 at 21:30

    We cant blame editor totally , its assistant director's turn to double check the content.

    ReplyDelete
  15. The editors must consult with the director before Screening it on television.

    ReplyDelete
  16. by my knowledge, editor is responsible for the look of the film.

    ReplyDelete
  17. script writer should be the one who needs to do more research on somehting like this issue.

    ReplyDelete
  18. editor perlu lebih peka dengan melihat semula semua hasil suntingan.

    ReplyDelete
  19. Editor perlu meniliti dan bertanggungjawab atas suntingan yang diedit .

    ReplyDelete
  20. Bg saya, editor dan asst.director perlu double check episod sblm ditayangkan.

    ReplyDelete
  21. penyunting tidak memotong babak itu. ini adalah kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

    ReplyDelete
  22. Bagi saya assit.director harus melihat semula suntingan oleh editor yang telah dibuat sebelum ditayangkan

    ReplyDelete
  23. In my opinion, the editors need to refer back with the director to show the edited result before the film screening on the television.

    ReplyDelete
  24. Every position must take serious of their work so that such things like this do not happen again

    ReplyDelete
  25. Bagi saya,setiap editor harus teliti bagi suntingan yang melibatkan fakta.

    ReplyDelete
  26. Editor must stay focus and alert this kind of situation.

    ReplyDelete
  27. Mohamad Mirza Nazmi1 November 2017 at 00:42

    Director and editor need to have discussion together about shots.

    ReplyDelete
  28. True, an editor must to refer to the director and scriptwriter before publishing the episode.

    ReplyDelete
  29. Bagi saya editor perlu membuat kerja dengan ikhlas agar kualiti kerjanya menjadi perfect.

    ReplyDelete
  30. Bagi saya, editor perlu melihat dan memahami visual cerita director.

    ReplyDelete
  31. Nik Mohd’ Izzat
    Editor perlu merujuk kepada pengarah supaya tidak berlakunya kesilapan

    ReplyDelete
  32. Pendapat saya, editor boleh sabotaj pelakon itu didalam proses suntingan.

    ReplyDelete
  33. editor perlulah menyunting shot yang terbaik supaya dapat memghidupkan cerita

    ReplyDelete
  34. The editor should know the storyline so when they do the editing the mistake will not happen.

    ReplyDelete
  35. Editor dan penulis skrip serta pengarah perlu peka dengan semua perkara dalam filem.

    ReplyDelete
  36. pada saya editor harus rujuk kepada penulis skrip dan pengarah.

    ReplyDelete
  37. Pada pendapat saya, pengarah haruslah berkerjasa dengan editor agar tiada kesilapan.

    ReplyDelete
  38. Bagi pendapat saya, editor boleh sabotaj pelakon itu dalam proses suntingan.

    ReplyDelete
  39. Ashli khairulfazi1 November 2017 at 11:38

    Basically the director and editor need to follow up with the story line to avoid mistakes

    ReplyDelete
  40. Nur Aqilah binti Ahmad Zanian
    The script writer and director should always communicate with each other.

    ReplyDelete
  41. writers and editors wrong, the writer not make research and the editor thinks it attracts the viewer

    ReplyDelete
  42. Nur farhanah-

    penulis patut lebih peka dan penyunting patut patut berhati-hati.

    ReplyDelete
  43. The editors need to refer back with the director to show the edited film result

    ReplyDelete