Koh Lipe 'The Maldives of Thailand'.
Ruang Koh Lipe, Selatan Thailand menghulurkan pengalaman ‘adventurous’ pada saya dan keluarga. Letak duduknya yang agak jauh di kawasan Lautan Andaman yang sangat cantik menjadikan pengalaman perjalanan kami penuh dengan element 'penggembaran.'
Ruang Bot Laju Yang Kosong. |
Bermula dengan pengalaman menaiki bot laju selama satu setengah jam yang tidak terasa langsung detik lama itu. Mungkin kerana alam sekeliling melayani hati yang terpesona dengan baik sekali.
Kemudian bertukar ganti pula dengan bot panjang di transit. Dari transit ke pantai Koh Lipe hanya lima minit saja. Justeru, sebaik saja sampai ke destinasi yang dituju, saya jejaki dengan lafaz Bismillah dan memberi salam kepada penghuni alam ruang Koh Lipe.
Saya jejaki tanah Koh Lipe yang dikatakan sebagai ‘The
Maldives of Thailand’ dalam jiwa yang terpegun. Subhanallah tenangnya jiwa
ketika ini hanya Dia saja yang mengerti. Saya dahului suami dan anak-anak ke
pantai yang putih bersih dengan melangkah laju ke pantainya yang putih dan
bersih. Ya..pantainya memang bersih.
Dari sini untuk ke chalet, kami harus menaiki ‘beca’ tiga
roda yang hanya muat tiga orang satu beca. Maka saya dan suami harus ‘berpisah’
dengan anak-anak. Pengalaman berada di dalam beca ini saya suka. Terasa sungguh
seperti berada di dalam mana-mana program ‘travelog’ Discovery Channel apabila
beca yang dinaiki menyusuri jalan (tanah) kampung yang becak dan ‘berkolam’
kecil di sana-sini yang diapit dengan persekitaran suasana pendalaman kampung.
Jalannya tidak sekata dan berlubang-lubang di sana- sini sepanjang laluan. Ketawa-ketawa saya lihat anak-anak terhinggut-hinggut berada di dalam beca mereka yang sedang mengikuti kami. Dalam keterujaan inilah tiba-tiba saja beca dinaiki anak-anak yang kian jauh ditinggalkan, hilang! Ya HILANG!
Jalannya tidak sekata dan berlubang-lubang di sana- sini sepanjang laluan. Ketawa-ketawa saya lihat anak-anak terhinggut-hinggut berada di dalam beca mereka yang sedang mengikuti kami. Dalam keterujaan inilah tiba-tiba saja beca dinaiki anak-anak yang kian jauh ditinggalkan, hilang! Ya HILANG!
Pada mulanya apabila kami diturunkan di tengah-tengah
kawasan ‘perumahan’ orang kampung, yang letaknya di kawasan belakang chalet,
saya dan suami menunggu kemunculan beca anak-anak dengan rasa suka. Bersiap
sedia saya dengan kamera video untuk merakamkan saat-saat ketibaan mereka di
sini. Tetapi beca yang dinaiki anak-anak tidak muncul-muncul juga.
Hati seorang ibu saya mula tidak enak. Cerita-cerita ngeri
dan seram tentang kawasan ‘terpencil’ begini mula mengusik rasa. Saya kawal
panik kuat-kuat apabila suami yang cuba menghubungi mereka tidak berjaya.
Allahuakhbar, ketika ini terasa sendi lutut kian longgar walaupun suami yang
juga sedang mengawal waras memujuk jiwa saya yang kian panik.
“Jom
kita ke lobi. Mungkin depa dah sampai kot. Mungkin beca depa ikut jalan lain. Kita ikut jalan belakang ni rasanya.”
Langkah saya atur dalam jiwa yang tidak ketentuan. Jiwa ibu
mana yang akan tenteram ketika ini. Hanya Allah saja yang Maha Memahami.
Syukur Allhamdulillah Ya Allah. Benar teka suami, beca
anak-anak tidak mengikut jalan yang sama. Mereka sebenarnya sudah lama sampai
di lobi chalet. Sebaik saja kelibat kami mereka nampak, mereka yang sebenarnya
panik juga, membebel –bebel ‘marah’ bertanya di mana kami berada dan kenapa
lambat sampai? Risau mereka.
Alhamdulillah hati sang ibu yang gundah gulana dan panik
ketika ini tenang semula.
Kalaulah anda berada dalam keadaan seperti saya tadi, apa
yang anda lakukan? Panikkan?
**(Cerita Kembara kami ke Koh Lipe akan saya sambung lagi dalam segmen Diari Kembara ini
bulan depan)
Gambar kenangan saya dan keluarga melewati sempadan Thailand ke Pak Bara.
No comments:
Post a Comment