Waris Parut
Sayembara Penulisan Karya Kreatif Asasi 2017 (SPKKA 2017), berlangsung dengan meriahnya di Yan, Kedah pada 16 Disember baru-baru ini. Sayembara pertama anjuran Angkatan Sastera Kedah ini mempertandingankan kategori seperti Novel, Puisi, Skrip Drama Pentas, Cerpen dan Kulit Buku. Maka saya masuk bertanding dalam dua kategori: Cerpen dan Skrip Drama Pentas.
Justeru, saya tidak dapat menghadirikan diri pada majlis berkenaan, atas alasan ada urusan kerja -Penganjuran Konsert EMOJI, di mana saya merupakan salah seorang Jawatankuasanya. Sungguhpun begitu 'berita siaran langsung' yang dibuat oleh rakan Asasi menjadikan saya berkesempatan 'menyertai' majlis itu dari jauh. Terima kasih kepada rakan Asasi.
Mencabar diri masuk bertanding dalam gelanggang Skrip Drama Pentas adalah pengalaman yang manis. Skrip drama pentas adalah medium penulisan baru pada seorang Haswida Abu Bakar. Medium ini berbeza dengan medium skrip drama tv atau filem. Justeru perbezaan inilah merupakan cabaran yang perlu saya lalui dengan menghasilkan sebuah skrip drama pentas -Waris Parut.
Ketika proses menulis Waris Parut, ilmu yang diperoleh umpama pembuka mata dan minda kepada bidang dan medium yang tidak pernah saya kenal. Maka skrip drama pentas Haswida Abu Bakar yang pertama sudah diiktiraf oleh para juri/penilai sebagai skrip drama pentas yang baik.
Alhamdulillah. Hadza Min Fadli Rabbi.
SPKKA 2017 (CERPEN)
Hadiah Utama: Tiada Pemenang
Saguhati 1: Pak Tuan dan Sebongkah Batu di Kaki Gunung (Zainol Idris)
Saguhati 2: Kosong (Adi Muzaffar)
Hadiah Khas Penilai: Daerah Pusaka Rindu (Ayu Haswida Abu Bakar)
Hadiah Khas Penilai: E-Mail Jawapan Untuk Mama (Norhashimah Hashim)

SPKKA 2017 (SKRIP DRAMA)
Hadiah Utama: Komedi Al-Kahfi 2 (Zainol ldris)
Saguhati 1: Waris Perut (Ayu Haswida Abu Bakar)
Saguhati 2: Senja di Rumah Tok Wan (Putraery Ussin)
Saguhati 3: Berikan Daku Syurga (Sarida Ismail)
Hadiah Utama: Komedi Al-Kahfi 2 (Zainol ldris)
Saguhati 1: Waris Perut (Ayu Haswida Abu Bakar)
Saguhati 2: Senja di Rumah Tok Wan (Putraery Ussin)
Saguhati 3: Berikan Daku Syurga (Sarida Ismail)
No comments:
Post a Comment