Bermalam di Skudai selama tiga hari dua malam adalah bersandarkan tujuan ‘mengambil dan menunggu’ suami yang ketika ini projeknya di situ selama beberapa bulan ini. Daftar masuk pada petang hari Thaipussam sekitar jam 5.30 petang dan checked out pada hari Jumaat.
“Ada ka hotel best di Skudai?”
Soal saya pada diri sendiri apabila keputusan untuk ke sana saya dan suami bulatkan. Walaupun suami sudah memberi pilihan bahawa dia tidak kisah kalau saya dan anak-anak ingin menginap di Johor Bahru, saya sendiri ingin ‘tinggal’ di Skudai atas alasan Johor Bahru sudah biasa dan ingin merasa tinggal di hotel di Skudai pula.
Justeru, seperti biasa saya semak semua hotel yang ada di Skudai melalui booking.com, agoda dan apabila masih tidak berpuashati baru saya menyemak apa yang ada di trivago. Dua-tiga hari juga proses menyemak berlangsungan untuk saya putuskan hotel mana yang harus dipilih memandangkan saya akan lepak-lepak bersama tiga orang anak-anak besar selama dua hari itu. Seperti biasa pencirian yang utama adalah sebuah bilik itu harus
1. Muat 5 orang dewasa dan selesa.
2. Kawasannya juga selesa.
Maka pilihan saya THE SQUARE HOTEL.
The Square Hotel
The Square Hotel ini konsepnya adalah boutique hotel. Terletak di Taman Ungku Tun Aminah dalam ruang yang saya suka. Saya menempah sebuah bilik keluarga yang mempunyai sebuah king bed dan sebuah double bed. Harga melalui booking.com adalah RM 296 (bertingkap) untuk dua malam. Murahkan?
Bilik saya di tingkat dua dan tidaklah besar sangat tetapi selesa. Sesuai untuk kami anak beranak untuk lepak-lepak dan buat kerja masing-masing. Anak-anak bujang bermain PS4 yang dibawa dari rumah, saya seperti selalu membuat kerja-kerja menaip penyelidikan yang masih lagi belum selesai dan sekiranya bosan, saya akan menonton Netflix di laptop dan si kakak akan menonton Netflix atau berbual-bual dengan kawannya melalui whatsapp di telefon (typical young woman kan?). Ada ketikanya kami bergurau senda. Suami akan pulang menjemput kami untuk makan tengahari dan apabila selesai tanggungjawab ini dia akan ke labnya semula. Hanya ketika malam barulah kami sekeluarga ke bandaraya Johor Bahru yang tidak jauh dari Skudai untuk makan malam.

Sungguhpun begitu, bilik ini tidak kedap bunyi. Dari dalam bilik boleh dengar suara penghuni bilik lain berdekatan dan juga suara sembang-sembang cleaner atau pekerja housekeeping di luar-hallway.
Namun begitu, pada saya The Square Hotel ini saya suka. Kalau diberi bintang mengikut citarasa saya untuk budget hotel berkonsepkan boutique hotel untuk kategori keluarga (anak-anak besar) - 8/10.
No comments:
Post a Comment