Nuffnang

Sunday, 4 March 2018

Tasik Banding Yang Seperti Tidak Wujud




Tasik Banding Yang Cantik

Merancang perjalanan pulang dari Kedah ke rumah dengan memilih laluan ‘Utara’ tidak mengejutkan anak-anak kerana mereka membesar dengan ‘last minute plan’ mak dan daddy apabila berkaitan dengan cuti-cuti dan jalan-jalan. Justeru dalam perjalanan ke destinasi bermalam yang sebenarnya tidak dirancang lagi di mana, kami berhenti sebentar di Tasik Banding.


Kawasan hentian rehat ini pernah kami singgah dulu. Sudah lama. Ternyata landskap yang ada di depan mata ketika ini sungguh jauh berbeza. Cantik dan ada aura pesona yang menjadikan kami sekeluarga berlama-lama di sini. Mengambil gambar di sana sini dengan diiringi bayu tasik yang nyaman menambahkan lagi pesona yang zahir pada di depan mata.



Sudah ada rumah bot dua tingkat bersusun di tepian. Sudah menjadi pusat pelancongan ‘meriah’ rupanya ketika ini dan saya menanam hasrat akan ke sini untuk merasai pengalaman cuti-cuti keluarga di dalam bot itu. Pasti pengalaman menarik kan?



Tiada Cerita 


Tasik di depan mata ini menurut pembacaan saya adalah tasik buatan manusia. Bertujuan untuk menjana elektrik. Maka pembacaan hanya setakat itu dan tiada penulisan lanjut tentang Tasik yang cantik ini.

No comments:

Post a Comment