Nuffnang

Sunday, 4 February 2018

Koh Lipe dan'Island Snorkeling Hopping'






Jom Kita Island Hop-ping!



Package yang ditawarkan adalah melawat i) 5 pulau termasuk Taman Negara yang baru dibuka pada esok hari kerana musim peak season atau musim puncak bermula esoknya, ii) air mineral, iii) makan tengahari dan iv) tembikai dan nenas sebagai pencuci mulut (Yang dikupas dan dihidangkan ketika di Koh Rawi). 

Memandangkan pakej yang dibeli pada hari terakhir low season (walaupun esoknya adalah musim puncak), pakej masih dalam harga low season. Untungkan? Maka esoknya sekitar jam 9.00 kami hanya perlu menunggu bot panjang di pantai Pattaya, pantai hadapan Chalet.  


Peak season di Thailand bermula pada 15 Oktober sehingga April. Maka harga hotel dan semua berkaitan aktiviti pelancongan akan menjadi dua atau tiga kali ganda. Chalet yang kami inap, dua malam hanya RM 380 sahaja (akan saya ceritakan pada segmen Diari Kembara akan datang). Tetapi sekiranya dalam musim Peak season harga akan meningkat menjadi RM1000+ untuk dua malam. Jauhkan perbezaanya?


Island Snorkeling Hopping

Konsep Island Hopping ini adalah snorkeling. Ber snorkeling di lima buah pulau yang  jernih dan sangat cantik. Di celahan aktiviti ini kami akan melawat pertama, pulau Ko Hin  Ngam (Beautiful Rock). Saya tidak faham kenapa kami dibawa ke sini hanya sekadar melihat batu-batu berwarna hitam yang sebenarnya sudah biasa pada pandangan saya dan keluarga. Memandangkan ini adalah salah satu destinasi pakej yang dibeli maka saya dan keluarga ikut saja. Anak-anak yang sejak dari awal teruja untuk aktiviti snorkeling, saya lihat pun seperti tidak faham juga dan tertanya-tanya. Sungguhpun begitu mereka mengikut saja budaya aktiviti bergambar di sana-sini seperti pelancong lain sekitar ruang pulau yang kecil ini. Di sini para pengunjung luar negara atau bukan rakyat Thailand perlu membayar ‘tiket masuk’ ke Taman Negara. 

Kedua, berkelah dan menjamu selera bekalan yang dimasak untuk kami di pantai putih gebu bersih Koh Rawi. 


Taman Negara Tarutao Yang Cantik.




Destinasi utama aktiviti snorkeling adalah di Taman Negara Tarutao ( Tarutao National Marine Park) yang baru dibuka bermula pada hari tersebut- 15 Oktober. Dengan ‘pembukaan’ semula Taman Negara yang cantik ini bermakna peak season sudah bermula. Maka aktiviti snorkeling pun berlegar di sekitar taman yang cantik ini. Berbanding aktiviti snorkeling low season yang mempunyai destinasi yang terhad dan bukan di sekitar sini.


Makan tengahari kami adalah di Koh Rawi. Berteduh di bawah pohon yang merimbun lebat, duduk di pantai putih gebu bersih, menjamu selera masakan orang sini (nasi putih dan lauk ayam) bersama keluarga sambil dibuai alaunan ombak pantai di depan mata, adalah pengalaman yang indah. Aura family moment dan diri sudah tinggi ke bumbung langit. 




Alhamdulillah. Oleh yang demikian satu lagi memori keluarga ‘dialbumkan’ dan ketika ini tergantung pada langit kenangan. Merehatkan diri setelah penat bersnorkeling di dua buah pulau yang hijau saja airnya dan sangat jernih. Juga untuk recharge diri untuk menyambung aktiviti semula snorkeling sekejap lagi. Masih ada dua buah pulau lagi ya. 

Justeru konsep Island Hopping ini tidak seperti konsep Island Hopping ketika saya dan keluarga bercuti di Krabi  suatu ketika dulu yang berkonsepkan bermandi-manda. 

No comments:

Post a Comment