Nuffnang

Sunday, 28 January 2018

Lorong Mahal Di Koh Lipe






 Pattaya Street Walk

Pantai Koh Lipe terbahagi kepada 3. Pattaya Beach, Sunset Beach dan Sunrise Beach. Saya dan keluarga memilih untuk inap di Pattaya Beach. 


Ternyata plilihan itu menjadikan saya sungguh berpuas hati. Selain pantai yang putih bersih dan gebu, pandangannya sangat mempesonakan jiwa. Bonus adalah pantai ini  merupakan pantai ‘happening’.

Jom Kita Eksplor Lorong Pattaya



Semuanya ada di sini. Seperti deretan kedai makan, tempat-tempat mengurut, kedai jualan cenderahati, klinik, mini hospital, money changer, mini market dan juga motel, hostel serta hotel bajet. Maka pada yang berkunjung ke Koh Lipe tiada apa yang perlu dirisaukan. Sungguhpun begitu di sini  harga semua perkara adalah lebih mahal berbanding di tanah besar. Untuk datang ke sini duit belanja harus ‘besar’. Di sini ada kedai khususnya kedai makan menggunakan kredit kad.



Saya dan keluarga susuri jalan kecil ini pertama kali sekitar waktu pagi. Merayau-rayau mencari sarapan pagi sambil eksplor keunikkan dan suasana ruang yang pada saya ‘mahal’. Semua yang ada di sepanjang jalan ini boleh dikatakan mahal juga kerana, pertama harga barangan di sini agak mahal berbanding di tanah besar dan kedua matawang kita lebih kecil dari matawang Thailand.





Pattaya Walking Street ini yang merentang dari Pattaya Beach sehingga ke pantai Sunrset Beach dan di tengahnya bercabang pula ke Sunrise Beach merupakan ‘centre point’ atau pekan kecil di Koh Lipe. Ketika kunjungan saya keadaan jalan kecil ini masih lengang tetapi tidak sunyi memandangan ketika itu adalah musim low season. Namun begitu, sebelah malamnya ruang yang lengang pada pagi meriah walaupun tidak sesak seperti ketika peak seasonJangan terkejut roti canai pun ada di sini.

Pada malam pertama di situ saya dan keluarga menikmati sotong, ikan dan ayam bakar. Sedap dan kenyang. Kemudian untuk malam esoknya kami ke kedai seafood tom yam pula. Alhamdulillah tom yam putihnya sungguh enak. 


No comments:

Post a Comment