Kampung Glam, Singapura
“Masjid Sultan.”
Jawab suami apabila rakan bertanya ke mana yang ingin
kami lawati lagi. Juga jawapan diberi begitu adalah kerana sudah masuk waktu zuhur.
Sesungguhnya saya tidak arif dengan tempat-tempat menarik di Singapura ini berbanding suami yang sebelum ini sudah membaca tentang masjid penting ini di Singapura. Sampainya kami ke tanah Singapura pun adalah ‘last minute plan’ apabila saya
menghadiri konferen di Johor Bahru pada hujung minggu. Yang pasti, anak-anaklah yang paling suka
apabila keputusan untuk ke Singapura kami bulatkan.
Dalam perjalanan ke masjid Sultan di kawasan Kampung Glam,
pandangan saya menangkap sebuah ‘lorong belakang’, antara dua buah rumah kedai
yang dindingnya penuh dihiasi dengan mural berwarna pelangi dan terang.
Justeru, saya ingin ke situ.
Menyusuri ‘lorong belakang’ Jalan Haji anak-anak suka. Mereka
terpesona dengan pelbagai mural yang ada. Khususnya kakak yang sedang mengikuti kursus
Fine Art di universiti.
Selain mural yang cantik, keunikan Jalan Haji ini dilengkapi dengan deretan ‘kedai kopi’ versi baru dan mungkin berkonsepkan hipster. Berlenggang melalui deretan kedai kopi begini mengimbau kenangan saya ketika berada di negara empat musim suatu ketika dulu. Persis tetapi dalam ruang dan aura yang berbeza.
No comments:
Post a Comment