Assalamualaikum
Hanya mungkin pada si kakak dialirkan Al Khaliq bakat seni yang DIA berikan sedikit kepada saya dan dan bukan pada adik-adik. Sungguhpun begitu
darah seni yang mengalir dalam jasad anak sulung saya ini berbeza sangat dengan
seni yang Al Khaliq pinjamkan kepada saya. Waris seni yang hadir pada anak
perempuan saya ini adalah molekul
darah seni dari arwah Yan (Wan-ayah saya- Abu Bakar Hussein) yang dipanggil
Yasmin dan adik-adik. Saya sebenarnya tidak mahir melukis seperti si kakak
walaupun arwah ayah sudah penat melatih tangan ini dahulu melalui seni lukisan
air (watercolor) yang dia mahir.
Bakat Yasmin ini saya dan suami kesan ketika sekolah rendah dulu. Gemar
melukis dan mampu imitasi pohon-pohon dan rumput-rumput laman rumah dengan
detail ke kertas lukisan menjadikan saya kagum dengan kebolehan ini. Maka dia,
kami hantar ke kelas seni setiap hujung minggu dan hasilnya ketika ini dia
mendalami ilmu Allah ini diperingkat diploma Seni Halus (Fine Art) di institusi
pengajian tinggi. Alhamdulillah.
Baru-baru ini lukisan –Ko Lipe Island, si kakak dipamerkan
di galeri fakultinya melalui projek pameran –Titik Lenyap (12-23 Mac 2018) dan
dirasmikan oleh DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Pameran yang memberi ruang
kepada pelajar untuk mempersembah dan ‘exhibit’ karya mereka kepada publik.
Karya yang diimitasi dari gambar yang dia ambil ketika
percutian kami di Koh Lipe Oktober tahun lepas. Karya Ko Lipe Island ini adalah antara
yang menangkap pandangan DYTM Raja Muda ketika hari perasmian itu. Sebagai ibu dan juga ayah kepada
pelukis muda ini, senyum kagum dengan bakat dan kemahiran yang Allah berikan
kepada dia, melebar. Hadza Fadli Min Rabbi. Alhamdulillah.
Medium Seni Yang Berbeza dari Yan
Meneliti karya ini ketika kunjungan saya sekeluarga ke situ pada petang
hari terakhir pameran, hati saya kembang berlapis-lapis, sudah kian mahir gaya
brush stroke dan sudah peka dan mahir
permainan warna. Daddy pun kagum juga dengan kebolehan puterinya. Apatah lagi
adik-adik yang tidak mahir langsung dengan seni dan kemahiran mereka adalah
bidang bolasepak, terpegun juga dengan karya si kakak ini. Terima kasih saya dan suami kepada para pensyarah yang membimbing puteri kami melalui ilmu seni yang dia minati ini.
‘Oil Painting’
Cerita Yasmin ketika saya membelek jalinan warna pada ombak dan kapal yang sudah ‘elok’ kerana ketika proses menghasilkan karya ini saya sering mengkritik setiap kali pendapat saya diminta;
‘tidak hidup kakak. Perbaikki lagi sebab flat’
Ada ketikanya komen
saya ini menjadikan dia ‘malas dengar’ dan memberi alasan-alasan yang menjadikan saya mengukir senyum saja.
Ya seni oil painting ini bukan seni arwah ayah –Wan Yasmin.
Walaupun seni Wan dan cucu ini berbeza medium, memang jelas pada saya dan
suami, Yasmin adalah satu-satunya cucu arwah ayah (yang saya tahu) mewarisi
bakat seni lukisan dia.
Al Fatihah buat arwah ayah- Abu Bakar Hussein. Semoga
ayah ketika ini ayah sedang berbahagia bersama mak-Hasnah Abdul Rahman di alam sana dalam kasih dan
rahmatNya dan berada di kalangan hambaNya yang suci dari segala dosa. Amin
No comments:
Post a Comment