Nuffnang

Saturday, 5 May 2018

Qalam Itu Bukan Milik Kita



Qalam Itu Adalah Milik Al Khaliq


Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya

(Surah Al-Alaq:1-5)


Nuun. Demi pena dan apa yang mereka tulis.



(Surah Al-Qalam: 1)


Allah Yang Maha Pencipta telah bersumpah, Demi pena dan apa yang mereka tulis dan surah Al-Alaq ayat ke 5, [Allah], yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam, Dia  mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Maka siapakah kita untuk menafikan bahawasanya Qalam itu bukan mahkluk  Allah dengan mengatakan bahawa Qalam itu diciptakan oleh manusia melalui akal dan hati? Melalui Qalam inilah terbentukkan konsep Pena. Melalui pena ini ia mencipta huruf-huruf melalui hidayahNya. 

Melalui sejarah penulisan kita, (Melayu), ia bermula dari huruf Sankrit -Pallava. Kemudian bertukar kepada huruf Jawi dan ketika ini didominasikan oleh huruf rumi. Sehubungan dengan ini, huruf wujud dalam pelbagai sifat dan bentuk selain rumi. Contohnya dalam bentuk dan sifat huruf tulisan Cina, India dan Rusia. Sungguhpun begitu, fungsi dan amanah huruf adalah sama. Tanggungjawab mereka adalah untuk mencipta barisan kata-kata yang akan membentuk ayat apabila digabungkan. Justeru, melalui ayat ini akan membentuk makna.

Pasangan Penulis Adalah Pembaca

Pasangan kepada tulis adalah baca. Yang datang dahulu adalah tulisan dan diikuti dengan membaca. Justertu, baik melalui proses menulis mahupun membaca, ia akan menyumbang kepada konsep ilmu, '[Dia], mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya melalui 'perantaraan qalam'.  Tanpa mahkluk Allah bernama Qalam, ilmu manusia hanya disimpan di dalam akal dan jiwa. Hanya mampu diperturunkan dan dikongsi melalui tutur bicara yang mungkin ada ketikanya mudah dilupai dan hilang begitu saja.

Melalui surah Al Qalam, Allah telah bersumpah, Demi Qalam dan apa yang ditulis mereka yang merujuk kepada manusia (cerdik pandai),  bersifat dan berfungsi sebagai ilmu untuk mengajar, membongkar dan memberitahu manusia lain tentang ilmu yang selama ini menjadi rahsia. Siapakah yang dimaksudkan sebagai 'yang ditulis mereka'?  Pastilah manusia yang digelar penulis atau pengarang. Dari mana datangnya ilmu penulis dan pengarang ini? Tentulah dari hidayahNya yang ditulis melalui  makhluk Allah bernama Qalam. 

Oleh kerana inilah, para ulamak dan cendiakawan terbilang dahulu dan sekarang  gemar dan harus menulis tentang hasil kajian mereka. Untuk dikongsi ilmu yang 'ditemui' bersama. Maka hasil tulisan inilah yang kekal dan menjadi rujukan para ilmuan dan masyarakat sezaman dan akan datang. 

Kita Sebagai Penulis dan Pengarang

Sungguhlah, kita sebagai penulis dan pengarang harus berhati-hati apabila 'mencipta' barisan kata-kata untuk membentuk makna dalam melakarkan kisah cerita. Jadikanlah cerita yang kita kisahkan itu mengangkat atau membongkar walaupun sedikit tentang ilmu dan kebesaran serta keindahNya.  Jadikan kisah kita pengajaran yang sangat berguna dan terkesan pada jiwa pembaca. Kerana 'Qalam' yang kita pinjam dan guna adalah milik Dia Yang Maha Pencipta.  

Kata pendita, kalau diniatkan karya cerita kita untuk dunia, maka kita akan perolehi hanya nikmat dunia dan hilang akhirat. Jikalau kita niatkan karya cerita kita untuk saham akhirat, maka kita perolehi nikmat dunia dan akhirat.

Semoga karya kita adalah medium dan cara kita mencari RedhaNya. 




No comments:

Post a Comment