Nuffnang

Sunday, 15 July 2018

Suatu Ketika 2014-Bayou Resort




Bayou Lagoon Resort: Melaka

Bayou Lagoon Resort pernah suatu ketika dahulu saya kunjungi. Sekitar tahun 2014. Sudah lama kan? Sungguhpun begitu setiap kali mata menangkap papan tanda iklan resort ini saya senyum bahagia.

Keputusan Saat Akhir .

Keputusan percutian yang dirancang pada saat terakhir memandangkan saya sibuk dan terikat dengan projek besar pejabat. Nak perginya esok, malam itu baru mencari tempat percutian singkat demi anak-anak dan family moment. Nama pun cuti sekolah. Pencarian saya di laptop dikerumuni anak-anak kerana mereka sudah tidak sabar untuk ke mana-mana saja pilihan saya demi atas nama bercuti. Ketika itu ciri utama tempat percutian saya harus ada kolam 'permainan'. Maka apabila Bayou Resort, pandangan saya tangkap dan 'selidiki' anak-anak sudah tidak sabar...suka. Memandangkan apartmen untuk tiga bilik adalah RM400++ untuk dua malam. Saya dengan lafaz bismillah menempah percutian di situ. Tiga beradik saya sungguh suka dan mula mengemas pakaian dan apa yang perlu untuk ke situ. 

Kami bertolak setelah saya pulang kerja separuh hari dan tiba ketika waktu sudah  petang. Sepanjang jalan anak-anak, khususnya si abang dan si bongsu, pandangan mereka mencari-cari papan tanda resort tersebut. Apabila sudah ditangkap mata dua beradik ini menjerit suka.

Percutian Yang Singkat Tetapi Bermakna.

Proses mendaftar masuk mengambil masa yang lama memandangkan ramai yang sedang menunggu giliran. Syukur saya kerana membuat tempahan dahulu walaupun pada saat-saat akhir, kerana ramai yang berani 'walk in'.

Setelah mendaftar masuk ke Bayou Lagoon Resort, anak-anak bersuka ria di taman air yang ada. Si kecik yang paling gembira. Semua yang ada dia mencuba. Si abang hanya bermain-main yang mana dia suka dan kemudian bila bosan, pergi ke tempat adik dan mengusik. Si kakak, sekejap main air…sekejap naik…sekejap dihalau adik-adik ke tempat lain kerana ada ketikanya ‘the boys’ hanya ingin bermain berdua saja. Sungguhpun begitu, mereka sungguh ceria dan gembira.



Alhamdulillah syukur saya pada Yang Maha Mengizinkan hasrat dan hajat saya menjadi kenyataan dalam rahmatNya. A family moment...yang indah.

No comments:

Post a Comment