Nuffnang

Sunday, 18 February 2018

Songkhla Kota Singa



Singgora Yang Sekarang

Bandar Songkhla merupakan ibu utama kepada wilayah Songkhla. Terletak di muara tasik Songkhla yang mengalir ke Teluk Siam. Songkhla yang pernah dipanggil Singgora (Kota Singa) suatu ketika dahulu pernah diperintah oleh Kerajaan besar Srivijaya dan dikatakan merupakan sebuah tanah Langkasuka.




Wilayah Songkhla ini pernah saya dan keluarga singgah ziarah suatu ketika dulu. Baru-baru ini kami singgah lagi selepas puas menikmati keindahan Koh Lipe. Singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Narathiwat.

Seperti dulu, kunjungan kami berhenti solat jamak di masjid besar Songkhla. Ketika ini masjid Songkhla sudah lain landskapnya. Sudah ada kolam besar yang hampir siap di bina ‘laman depan’. Landskap ini seakan-akan landskap istana Taj Mahal di benua India.

Si Duyung ‘Samila’











Pantai Samila bersih dan meriah. Tidak lengkap sekirannya ke Songkhla tidak singgah ziarah  si duyung di pantai Samila. Duduk bersimpuh di atas batu di tepi pantai dalam gaya menyisir rambut. Duyung Emas atau Nang Nguek Thon ini mempunyai ramai peminat, baik di kalangan masyarakat tempatan mahupun luar negara seperti anak-anak saya, individu-individu lain yang sanggup menunggu giliran mengambil gambar dengan Duyung Samila ini.


Gong Xi Fa Chai dari saya dan keluarga

No comments:

Post a Comment