Akhirnya, sekitar petang kami sampai ke destinasi pertama
untuk hari pertama, setelah menyusuri lorong tar (seperti terasa balik kampung
saja). Tanduk Sabah ini terletak 40 km dari pekan Kudat dan 170 km dari
Bandaraya Kota Kinabalu. Kawasan pelancongan utama sekiranya ke Kudat. Kawasan
pelancongan ini pada saya berkonsepkan taman. Yang penting tiada bayaran
dikenakan untuk parker kereta.
Saya yang terlebih teruja sebaik saja kaki menjejak kaki di
sini. Anak-anak pelik-pelik saja kerana tiada apa yang menarik selain pondok
batu untuk orang rehat-rehat. Namun begitu tidak lama, sebaik saja sampai ke
‘puncak’ setelah lebih kurang lima minit mendaki, perasaan teruja berlari laju dan bersembunyi ke
dasar laut di depan mata kerana diusir kasar jiwa yang pekat dengan pesona dan
Subhanallah…MasyaAllah…sungguhlah DIA Maha Pencipta-Al Khaliq Ya Aziz Ya
Mateen.
Tanjung Simpang Mengayau
Tip Of Borneo ini dipanggil oleh masyarakat Runggus (salah
satu etnik di Sabah), Tanjung Simpang Mengayau. Kawasan seluas 4623 km persegi
terbentuk melalui sifat geologi yang unik dan merupakan ruang pertemuan antara
Laut China Selatan dan Laut Sulu. Justeru
kedua-dua fenomena ini pada saya unik dan menyumbang sebagai daya
penarik yang kuat kepada pelancong
untuk ke sini.
Cuti sekolah sudah bermula. Apa perancangan bercuti kalian?
Aidiladha bakal menjelma. Berhati-hati di jalan raya ya..semoga perjalanan balik kampong sentiasa dalam peliharaanNya.
No comments:
Post a Comment