Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Melihat Ika ‘berdiri’ sebaris bersama kalangan nama-nama besar penulis Adiwarna, menjadikan senyum yang melirik tidak mahu hilang.
Alhamdullilah, akhirnya dengan izin DIA, Ika ‘lahir’ dari ilham yang tenggelam
timbul dalam lautan pengalaman ketika menjadi anak rantau dulu. Ika ‘lahir’ di
tengah-tengah masyarakat ‘urban kampung Melayu’. Itu adalah gelaran yang saya
rasa sesuai untuk masyarakat anak rantau yang berkampung di negara orang.
InsyaAllah walaupun nama penuh Ika yang saya beri: Skandalous
Ika: Cinta Berani Mati, nama itu sangat
sesuai dengan roh dan semangat yang diangkat oleh novel berkulit lukisan almari
buku, yang ditabir langsir putih jarang. Skandalous Ika….ya sememangnya sifatnya adalah skandalous. Cinta
Berani Mati…ya benar….semangatnya memang
berani mati demi cinta yang terlarang itu. Tetapi…jangan lupa…ada tabir PUTIH
jarang yang memisahkan kita dengan roh dan semangat cinta berani mati Ika itu.
Terima kasih warga Adiwarna.
Jumpa kita di PBAKL Mei nanti.
No comments:
Post a Comment